Ada satu perkara yang tak pernah aku ceritakan semasa aku dibangku sekolah dulu.. Aku bersekolah di salah satu sekolah berasrama yang terletak di utara tanah air. Cerita aku simpan sampai sudah, maksudnya aku rahsiakan daripada kawan – kawan aku gar mereka tidak terasa takut dan terhindar dari gejala yang menyeramkan ketika berada di asrama.
Semuanya bermula pada satu malam, malam yang mengajar aku erti ketakutan, mengajar aku apa itu keseraman, mengajar aku berdikari apabila tiba waktu tengah malam. Kenapa aku katakan macam tu?. Selepas peritiwa tu hidup aku di asrama tak serupa seperti sewaktu aku mula – mula duduk di asrama. Macam – macam yang aku baca sebelum tidur, tetapi pasti setiap malam aku akan terjaga dalam lingkungan 3 pagi.
Bila dah terjaga pula, pasti mata ni tak mahu tidur semula, pusinglah kekiri dan kekanan mata tak mahu mengantuk juga, lepas tu yang agak menyeramkan bila terbangun tu macam – macam suara yang aku dengar, kadang – kadang suara budak menangis, suara perempuan, suara orang yang berjalan dan macam – macam lagi.
Dorm aku terletak di bahagian tepi sekali, dan kebatulan katil aku pula berada ditepi juga, disandarkan ke dinding dan aku pula tidur di katil bawah, sahabat aku dibahagian atas.
Malam yang bersejarah tu bermula lebih kurang dalam pukul 2 hingga 3 pagi, tempoh sejam yang menakutkan bagi aku, mula – mula aku pun tak pasti pasti kenapa aku boleh terjaga dari tidur, perkara pertama yang aku perasan ada bunyi orang bertepuk tangan. Dari pintu masuk dorm sampai ke hujung katil.. di sertakan dengan angin yang agak kuat, maklumlah kadang – kadang ada tingkap yang berkarat tak dapat ditutup. Dan tingkap tersebut juga ada di kepala aku. Tingkap tu memang tak boleh ditutup.
Aku pun terkejut bila dengar orang bertepuk tangan, aku bangun dari katil.. peliknya 24 orang yang ada dalam dorm tu aku sorang sahaja yang terbangun dengar bunyi bertepuk tangan tu.. Hati aku mula dah tak sedap.. aku baring di atas katil semula.. Kemudian datang pula angin yang kuat.. meniup – niup dalam bilik tu.. bunyi tepuk tangan bercampur dengan bunyi angin yang kuat… Aku mula panik… Sahabat aku di atas tidak menunjukan tanda – tanda akan sedar dari dibuai mimpi.. Aku yang berada dibawah pula yang semakin kalut..
Satu – satu surah aku baca untuk menghindar daripada gangguan, tapi semakin banyak yang aku baca, semakin kuat pula bunyian – bunyian tadi.. aku hilang arah lagi.. aku mula takut.. nasib baik aku mempunyai sebuah walkman yang aku seludup bawa masuk kedalam asrama, Memang aku letakan disebelah sahaja.. sebelum tidur memang aku layan dengar radio..
Oleh kerana tak tahan lagi mendengar bunyi – bunyi bising tadi aku pasang radio dan sumbat ke telinga aku.. “ahhhh!!!! masalah pulak”.. Letih aku menekan punat – punat yang terdapat pada walkman tersebut.. satu siaran pun tak jumpa.. dari siaran nasional sampailah ke era f.m satu pun tak ada.. Disebabkan panik aku layan je bunyi radio yang tak bersiaran tu.. “kerrrrrrrrrrrrr”… bunyinya macam tu.
Lama – lama telinga pun tak tahan mendengar .. aku buka aja headfon.. rupa – rupanya masih terdapat lagi bunyi – bunyian tadi.. Wahh… bilalah nak berakhir derita ni, takutnya…. aku pun mengambil bantal .. lalu aku letakan berselindung disebalik bantal.. agar tak dengar lagi bunyi – bunyi tadi. Ingatkan berakhir disitu.. rupa – rupanya…..
Ye… rupa – rupanya katil aku pulak yang bergegar seperti digoncang… kuat sangat digegarnya katil.. lagi kuat aku tekapkan bantal dikepala, aku dah tak terdaya.. bila katil dah bergegar kini tiba pulak bantal aku ditarik – tarik… kecut perut aku dibuatnya.. bunyi tepuk tangan, angin yang kuat, katil yang bergegar dan juga sekarang bantal aku ditarik – tarik.. takutnya masa tu…
Kali ni bantal yang ditarik agak kuat, terlepas dari tangan aku.. dan apa yang aku nampak amat menakutkan.. Ya Allah.. itu je yang mampu aku lafazkan…. Sebatang jari yang amat besar, menarik bantal aku melalui celah celah tingkap.. Besarnya jari… bila aku melihat jari tersebut hilang sebentar ketakutan aku… Aku lantas berlari keluar.. takut – takut ada kawan yang cuba menakutkan aku… sebelum terlupa dorm aku berada di tingkat 3… atas sekali.
Tapi bila aku keluar dan menjenguk dari pintu dorm.. sorang pun aku tak nampak.. aku pun cepat – cepat menutup pintu, balik kekatil… baru je aku nak meletakan kepala ke bantal baru aku perasan… Tiada lagi bunyi yang bising, angin yang kuat, katil yang bergegar.. semuanya tiada… semuanya kembali seperti sediakala…
Sampai ke pagi aku tak boleh lelapkan mata… sejak peristiwa tu pasti aku akan terjaga dari tidur dalam pukul 2 atau 3 pagi setiap hari… berlanjutan sampai aku ke tingkatan 5.. Sudahnya akibat dari peristiwa tu aku mengambil keputusan keluar asrama.. tak tahan lagi dengan gangguan… Maklumlah nak SPM.. Selepas aku duduk di rumah sewa.. tidur aku kembali seperti sediakala.. Walaupun belakang rumah ada kubur lama.. tapi langsung tak ada apa – apa yang terjadi..
Inilah kisah yang tak pernah aku ceritakan pada sesiapa.. kejadian seram semasa aku duduk di asrama…
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete